Harapan yang diberikan Insyaallah Reunion 2010 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa baru akan diadakan pada March 2010.
Semua Ex SMSP dialu-alukan untuk hadir..Sila berdaftar untuk mendapat jemputan.
The French Connections....Pertemuan yang dibuat pada 7 November 2009 dengan senior-senior .
Diadakan di Institut Bahasa Perancis , Jalan Semarak K.Lumpur.
Al-Fatihah kepada arwah Cikgu Rahim Johar yang telah kembali ke Rahmatullah pada 26 Julai 2009 yang lalu. Beliau merupakan Pengerusi Persatuan Bekas Penuntut SMSP. Duduk ditengah berbaju Melayu Biru, beliau telah berusaha gigih bagi penubuhan Pesatuan ini..namun impian untuk melihat Persatuan bergerak kearah yang diharapkan masih tidak kesampaian. Usaha murni sering disalah tafsir dan apabila diabaikan kewangan ditadbir dengan lemah. Yang memberi pendapat tak sanggup memikul tanggungjawab, yang menjanjikan sumbangan..hanya tinggal janji. Dari iktibar pengalaman terdahulu , biarlah kita bergerak dengan sumbangan keahlian dahulu. Jika kita mengharapkan derma..apalah dan apakah pula kepentingan yang PBPSP bagi penderma itu?. Dari pengalaman juga..satu-satu Persatuan musnah seandainya penderma ada kepentingan semasa menderma. Persatuan dahulu telah menyumbangkan berbagai kemudahan kepada Pelajar SMSP kerana kemampuan ahli-ahli yang dermawan. Pintu gerbang SMSP ada lah sumbangan PBPSP.
Kerjasama dari semua amat diperlukan bagi meletak Persatuan ini ke landasan yang asal. Harapan inilah susulan penubuhan Persatuan Bekas Penuntut SMSP.